Perniagaan dalam sektor pertanian

Thursday, 11 February 2016

Perancangan

PERANCANGAN

·         Perancangan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi keuntungan syarikat adalah dengan memperkenalkan lagi produk ini di pasaran luar.
·         Tahap pengeluaran juga harus ditingkatkan serta kualiti setiap produk harus dikekalkan malah ditingkatkan.
·         Setiap produk boleh dibuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan lagi ciri-ciri pada setiap produk.Antara ciri-ciri yang boleh ditambahbaik adalah saiz atau ukuran produk mengikut citarasa pelanggan,mempelbagaikan bentuk produk mengikut kehendak kerana setiap pelanggan menginginkan sesuatu yang menarik perhatian dan tidak was-was untuk membelinya,boleh juga menambah atau menukar perasa pada produk supaya tidak hanya tertumpu pada rasa yang sama sahaja kerana pelanggan inginkan kepelbagaian rasa apabila membeli sesuatu poduk apatah lagi produk makanan.
·         Syarikat ini juga perlu mempelbagaikan produk bukan sahaja menjual produk yang sedia ada malah memperkenalkan lagi banyak jenis produk baru pada pasaran.
·         Kebersihan tempat pemprosesan juga harus diambil berat bagi mengelakkan produk tercemar.
·         Syarikat juga boleh mengambil inisiatif lain dengan menggunakan media sosial dengan memperkenalkan produk ini untuk dipasarkan ke luar.
·         Syarikat ini juga boleh dikembangkan lagi dengan membuka cawangan-cawangan kecil sekitar Bandar yang mempunyai potensi untuk memajukan syarikat dan meningkatkan keuntungan lagi.




posted by : S21783

2 comments:

  1. Setiap produk boleh dibuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan lagi ciri-ciri pada setiap produk - ciri apa? spesifik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Dr..saya dah edit dan update .. maaf atas kesilapan ..

      Delete