Perniagaan dalam sektor pertanian

Saturday, 27 February 2016

Video keusahawanan

Part 1


Part 2




S20356,S21461,S21409,S20729,S21669,S21057, S21783


Saturday, 20 February 2016

Rancangan kewangan

ANALISIS KEWANGAN SELERA SALQAFA ENTERPRISE

KOS JUALAN DONAT SEHARI

Bahan-bahan

Kuantiti
Harga
Minyak masak
 2 botol
RM15.50
Tepung gandum
 14 Kg
RM25.60
Yis
1 bungkus (besar)
RM10.50
Susu tepung
1 bungkus (besar)
RM16.00
Esen pandan
 1 botol
          RM1.80
Garam
 1 bungkus
          RM1.00
Jumlah keseluruhan

RM70.40


ANGGARAN KOS JUALAN DONAT - 15 kali jualan sebulan
= 15 x RM70.40
 =  RM1056

KOS OPERASI
Pengangkutan=RM100 sebulan
Jumlah kos operasi=RM100

KOS OVERHEAD
Elektrik= RM100
Gas=RM100
Jumlah kos overhead=RM200

KOS PEMASARAN
Business card -150 keping= RM 28
Banner =RM90
Jumlah kos pemasaran=RM118

ANGGARAN HASIL JUALAN DONUT
Bulan

Kuantiti
Harga
Jumlah
Januari
740 paket
RM4.50
RM3330
Februari
748 paket
RM4.50
RM3366
Mac
745 paket
RM4.50
RM3352.50
April
746 paket
RM4.50
RM3357
Mei
748 paket
RM4.50
RM3366
Jun
750 paket
RM4.50
RM3375
Julai
760 paket
RM4.50
RM3420
Ogos
760 paket
RM4.50
RM3420
September
748 paket
RM4.50
RM3366
Oktober
748 paket
RM4.50
RM3366
November
750 paket
RM4.50
RM3375
Disember
748 paket
RM4.50
RM3366
Jumlah keseluruhan


RM40,460

HASIL JUALAN=RM40,460 - setahun
UNTUNG KASAR=RM27,788 - setahun

PURATA HASIL JUALAN BAGI SEBULAN =RM3371.63
PURATA UNTUNG KASAR BAGI SEBULAN = RM2,315.63




 posted by :S21461,S21409, ,S20729 

Friday, 12 February 2016

Operasi



Operasi

-Mula beroperasi pada tarikh 30 November 2009 sehingga sekarang. Syarikat Selera Salqafa ini tidak menggunakan pekerja kerana bekerja sendiri..

Waktu operasi

- Syarikat Selera Salqafa ini juga beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari perayaan. Bermula  dari pukul 10.00 pagi hingga 5:30 petang.

Bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan Donat sejuk beku :



Cara pembuatan:
  •  Donut yang telah siap dibentuk, digoreng seketika.
  • Angkat dan sejukkan dan dimasukkan ke dalam freezer .
  •   Keluarkan dari freezer kemudian digoreng sepenuhnya dan digaul dengan gula kaster atau apa apa topping yang disukai.
  • Pembungkusan,penglabelan dan pemprosesan dilakukan oleh Pn.Dayang Aminah dan En. Abd Hadi Khan.


Pengeluaran produk
Pengeluaran = 40biji/jam

Sehari = 40 x 5 jam
            = 200 biji

Sehari=  12 biji /paket
           = 50 Paket untuk sehari

Sebulan = 15 hari x 50  paket
               = 750 paket





posted by : S21461,S20729


Thursday, 11 February 2016

Perancangan

PERANCANGAN

·         Perancangan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi keuntungan syarikat adalah dengan memperkenalkan lagi produk ini di pasaran luar.
·         Tahap pengeluaran juga harus ditingkatkan serta kualiti setiap produk harus dikekalkan malah ditingkatkan.
·         Setiap produk boleh dibuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan lagi ciri-ciri pada setiap produk.Antara ciri-ciri yang boleh ditambahbaik adalah saiz atau ukuran produk mengikut citarasa pelanggan,mempelbagaikan bentuk produk mengikut kehendak kerana setiap pelanggan menginginkan sesuatu yang menarik perhatian dan tidak was-was untuk membelinya,boleh juga menambah atau menukar perasa pada produk supaya tidak hanya tertumpu pada rasa yang sama sahaja kerana pelanggan inginkan kepelbagaian rasa apabila membeli sesuatu poduk apatah lagi produk makanan.
·         Syarikat ini juga perlu mempelbagaikan produk bukan sahaja menjual produk yang sedia ada malah memperkenalkan lagi banyak jenis produk baru pada pasaran.
·         Kebersihan tempat pemprosesan juga harus diambil berat bagi mengelakkan produk tercemar.
·         Syarikat juga boleh mengambil inisiatif lain dengan menggunakan media sosial dengan memperkenalkan produk ini untuk dipasarkan ke luar.
·         Syarikat ini juga boleh dikembangkan lagi dengan membuka cawangan-cawangan kecil sekitar Bandar yang mempunyai potensi untuk memajukan syarikat dan meningkatkan keuntungan lagi.




posted by : S21783

Sunday, 10 January 2016

Jenis-jenis produk.


Selain donut,terdapat juga produk lain yang dihasilkan oleh Salqafa Enterprise.



Kerepek Keladi 


Kerepek Pedas

Popia Frozen

Cencalok

Kerepek Seaweed

Belacan Bintulu

Rojak

Kerepek Pisang

Tauhu Sumbat

Cucur Campur

Kerepek Ubi 

Kerepek Pisang Manis.

S20356



Rancangan Perniagaan:Kaedah Pemasaran

Beberapa kaedah pemasaran yang dibuat oleh Salqafa Enterprise.


  • Pada permulaan perniagaan,beliau memberi produk yang dihasilkan kepada jirannya secara percuma agar jirannya tahu tentang perniagaannya.

  • Mengiklankan di laman sosial seperti Facebook.

  • Memberitahu dilaman sosial tentang aktiviti perniagaannya di sekitar Bintulu.

  • Membuka tempahan untuk sekolah atau majlis perkahwinan.

  • Menyertai pameran atau karnival yang diadakan di sekitar bintulu.

  • Menghantar produk-produknya ke pasaraya-pasaraya dan kedai runcit yang berdekatan.
           
  • Meletakkan  pelekat syarikat(sticker) pada setiap produk.


                         Pemasaran mengikut 4Ps

Produk
  • Produk yang dihasilkan oleh usahawan kami ialah donut frozen,kerepek keladi, kerepek pedas, popia frozen, cencalok, kerepek seaweed, belacan Bintulu,kerepek pisang, kerepek Ubi.
  • Tetapi yang kami fokuskan adalah FROZEN DONUT.
  • Terdapat dua jenis donut frozen yang dihasilkan iaitu perisa original dan perisa pandan.


Harga
  • harga yang diletakkan adalah berpatutan iaitu RM4.50 untuk satu paket Frozen Donut.
  • harga untuk kedua-dua jenis donut (original dan pandan) adalah sama iaitu RM4.50 untuk satu paket.


Promosi
  • Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi
  • Memasang banner sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk.
  • Meletakkan  pelekat syarikat(sticker) pada setiap produk.
  • Memberitahu atau mempromosikan produk di laman sosial seperti Facebook dan Whatapps.


Tempat
  • menghantar ke pasaraya–pasaraya –antaranya di kiosk mall mart,Parkcity Mall,Bintulu
  • boleh didapati di tempat pemprosesan Frozen Donut itu sendiri
  • di hantar ke sekolah-sekolah –  antaranya ialah SMK Bandar Bintulu








Posted by : S20356, S21409, S20729

Updated by  : S20729
                       1/02/2016



Thursday, 7 January 2016

Rancangan Perniagaan:Analisis SWOT


  ANALISIS SWOT

S – Kekuatan

  • Mempunyai pelanggan yang tetap
  • Harga yang berpatutan setiap produk- harga 1 paket frozen donut (RM4.50).Harga pesaing dalam lingkungan RM4.50-RM5.00.
  • Mempunyai rasa yang tersendiri
  • Produk yang dihasilkan sentiasa ada atau berterusan

W – Kelemahan

  • Tidak memiliki pekerja
  • Masalah mesin -  mengalami kerosakan pada mesin
  • Tidak mempunyai “sticker” atau label
  • Jenama kurang dikenali

O – Peluang

  • Mempunyai pasaran yang luas untuk dikomersialkan
  • Peningkatan terhadap permintaan produk pada musim tertentu -  Hari perayaan
  • Dapat menjadi pembekal produk sejuk beku

T – Ancaman

  • Terdapat banyak pesaing dari bidang yang sama
  • Faktor umur -  operasi terganggu apabila mengalami masalah kesihatan (bekerja sendiri)





posted by : S21409, S20729

Updated by : S20729

                     31/01/2016